CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 7, 2007

Jemputan Khas

Pada tarikh 14 November 2007 , SJK(c) Hwa Yin telah menganjurkan program bergotong-royong untuk menanam pokok selaras dengan projek CYBERLINQ yang dianjurkan oleh Maxis Communications. Pihak sekolah telah menjemput YB Datuk Abdul Rahim Bin Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah untuk merasmikan program bertempat di perkarangan sekolah Hwa Yin. Pihak sekolah juga menjemput seramai 30 orang warga Pusat Serenti Papar untuk menyertai program gotong-royong ini. Turut memeriahkan majlis perasmian ialah Encik Armin Bin AG. Mumin(wakil PPD), Encik Tseu Nyuk Fong(Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK(c) Hwa Yin), Encik Ho Yin Kiong(Pengerusi PIBG SJK(c) Hwa Yin), guru-guru besar daerah Papar dan para ibu bapa. Pihak sekolah telah menerima sumbangan bibit pokok daripada :
1) AJK pengurusan sekolah – 10 pohon pokok kelapa pandan, 5 pohon pokok pisang, 13 pohon nanas, dan 5 pohon laici.
2) Jabatan Pertanian – 12 pohon mangga manila dan 5 pohon manggis.

5 pohon limau kasturi dan 2 pohon jambu batu pula adalah dibeli oleh pihak sekolah dan kesemua bibit tersebut telah ditanam di kawasan sekitar sekolah. Selepas perasmian, Guru Besar SJK (C) Hwa Yin, Puan Liau Yuk Tsin telah menyampaikan cendera kenangan kepada YB Datuk Abdul Rahim Bin Ismail dan Pusat Serenti Papar. Semua aktiviti yang dijalankan telah berjalan lancar dan cuaca pada hari itu cerah. Pihak sekolah juga menerima pujian daripada wakil pihak YB, Encik Amri Bin Abu Bakar dan Encik Talib Rahim kerana berjaya merekabina blog di dalam web dan menyatakan bahawa program seumpama ini amat penting dalam memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin tercemar pada zaman moden ini. Walaupun sekolah ini agak ketinggalan dari segi teknologi maklumat tetapi dengan azam yang kuat kami mampu mengharunginya dengan merekabina blog di dalam web.




KESAN PROJEK

Projek ini telah membawa banyak faedah dan manfaat kepada murid-murid sekolah dan masyarakat kerana murid-murid dapat memupuk semangat bekerjasama dan berdikari di kalangan mereka semasa mengendalikan tapak semaian kacang dan bawang. Selain itu, mereka juga dapat mempraktikkan matapelajaran Kemahiran Hidup yang telah dipelajari.

Tambahan pula, hasil jualan kerepek pisang dan tanaman kacang boleh disalurkan ke dalam tabung sekolah untuk memperbaiki kemudahan dan prasarana sekolah. Ini dapat menghasilkan sebuah kawasan sekolah yang selesa bagi pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru-guru. Selain itu pihak sekolah bercadang menggunakan sebahagian daripada tabung ini untuk membeli benih pokok buah-buahan yang boleh membuahkan hasil sepanjang tahun dalam jangka masa yang pendek seperti limau kasturi, pokok kelapa pandan, mangga manila, dan pokok laici tempatan.

Projek penanaman ini dapat mewujudkan persekitaran yang mesra alam yang boleh membawa banyak manfaat kepada kita semua kerana pada zaman moden ini keadaan persekitaran semakin tercemar akibat daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Projek seumpama ini dapat mengembalikan kehijauan alam, di samping dapat memupuk sikap cinta akan alam dan sekolah. Dalam projek ini, setiap warga sekolah dikehendaki sekurang-kurangnya untuk menjaga sepohon pokok seperti yang dipertanggungjawabkan.

Ibu bapa dan masyarakat setempat juga mendapatkan benih baka pokok yang baik secara percuma daripada pihak sekolah untuk penanaman di kawasan perumahan mereka.

LUAHAN HATI
Walaupun kedudukan sekolah kami terletak di kawasan pedalaman yang terpencil dan bilangan tenaga pengajar serta bilangan murid-murid yang agak kekurangan namun semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dan semangat yakin boleh tetap tertanam di dalam hati setiap warga sekolah dengan adanya sokongan moral, sumbangan tenaga dan kewangan dari pihak ibubapa, masyarakat setempat,dan Jabatan Pendidikan.

Semua hasil sumbangan telahpun digunakan untuk kebaikan sekolah dan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma dan orang perseorangan yang memberi sumbangan dan kerjasama kepada pihak sekolah. Nama-nama tersebut adalah seperti berikut :

1) MAXIS COMMUNICATION BERHAD
2) PUSAT SERENTI PAPAR
3) YB DATUK HAJI ABDUL RAHIM BIN ISMAIL(Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah)
4) YB CIK ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLEN(Ahli Parlimen P175 Papar)
5) CITY WATCH SDN BHD.
6) TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
7) PORCELAIN INN YTBC
8) AIRBORNE TRAVEL SDN BHD.
9) POKKI INTELLIGENT DICTIONARY
10) BOOKWISE SDN BHD
11) CHOON NYEN FATT SUPERMARKET
12) MING HIN ENTERPRISE
13) PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PAPAR
14) PENGERUSI & AJK PENGURUSAN SEKOLAH
15) IBU BAPA
16) GURU-GURU
17) KAKITANGAN BUKAN MENGAJAR
18) MURID-MURID

Penyata Akaun Penjualan Kerepek Pisang dan Kacang (OKTOBER)

PENJUALAN (Kerepek Pisang):
01.10.07 - RM 22.10
02.10.07 - RM 13.00
03.10.07 - RM 9.60
04.10.07 - RM 3.50
05.10.07 - RM 7.40
08.10.07 - RM 17.50
24.10.07 - RM 11.70
24.10.07 - RM 13.50
25.10.07 - RM 21.00
26.10.07 - RM 13.50
29.10.07 - RM 25.50
30.10.07 - RM 7.00
31.10.07 - RM 3.00
JUMLAH = RM 168.30

PERBRLANJAAN :
25.10.07
- RM 14.00(PISANG)
- RM 11.00(MINYAK)
27.10.07
- RM 15.00 (PISANG)
- RM 9.30(MINYAK)
29.10.07
- RM 24.00 (PISANG)
- RM 11.00(MINYAK)
JUMLAH = RM 84.30

KEUNTUNGAN : RM 168.30 - RM 84.30 = RM 84.00

HASIL PENJUALAN TANAMAN KACANG :
Kacang
04.10.07 - RM 4.00
05.10.07 - RM 20.00
08.10.07 - RM 9.00
24.10.07 - RM 6.00
01.11.07 - RM 8.00
JUMLAH = RM 47.00

*Sebahagian daripada kacang direbus dan dihadiahkan kepada murid-murid sebagai ganjaran usaha mereka.*
*kami masih menunggu kacang membuahkan hasilnya.*
*Projek ini memang boleh mencapai kejayaan dan seorang kontraktor, Encik Gazali yang melawat ke sekolah kami tertarik dengan projek kami. Beliau ingin menyumbang jasa kepada sekolah dengan membina lagi batas tanaman kacang di kawasan sekolah.*

Penyata Akaun Penjualan Kerepek Pisang(November)
01.11.07 - RM 6.00
02.11.07 - RM 33.00
05.11.07 - RM 14.00
06.11.07 - RM 19.00
07.11.07 - RM 6.00
JUMLAH = RM 78.00

Penyata Akaun Penjualan Kerepek Pisang dan Bawang (SEPTEMBER)

PENJUALAN :
18.09.2007 - RM 0.60
19.09.2007 - RM 9.90
20.09.2007 - RM 16.00
21.09.2007 - RM 7.40
24.09.2007 - RM 66.20
25.09.2007 - RM 10.50
26.09.2007 - RM 43.50
27.09.2007 - RM 18.70
28.09.2007 - RM 19.00
30.09.2007 - RM 22.10
- 80 bungkus x 0.35 sen (SJK(c) Tung Shan) = RM 28.00
- 50 bungkus x 0.35 sen (SRK ST.MARY) = RM 17.50
JUMLAH = RM259.40

PERBELANJAAN :
18.09.2007 - minyak masak = RM 50.00
18.09.2007 - pisang = RM 12.00
19.09.2007 - pisang = RM 12.00
21.09.2007 - beg plastik = RM 6.00
21.09.2007 - garam = RM 2.00
22.09.2007 - pisang = RM 9.00
24.09.2007 - minyak masak = RM 46.50
24.09.2007 - pisang = RM 5.00
26.09.2007 - gula = RM 3.20
26.09.2007 - pisang = RM 20.00
JUMLAH = RM 165.70

KEUNTUNGAN = RM 259.40 - RM 165.70 = RM 93.70


BAWANG
17.08.07 - RM 30.00
21.08.07 - RM 9.00
23.08.07 - RM 8.00
30.08.07 - RM 8.40
13.09.07 - RM 34.00
JUMLAH = RM 89.40

Tuesday, November 6, 2007

PETA KAWASAN TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI


LAWATAN KE LOK KAWI WILDLIFE PARK





Hasil daripada jualan tanaman kacang, bawang dan kerepek pisang serta tajaan RM 1000 daripada Maxis atas kemenangan fasa pertama, pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang seluas 280 ekar seperti yang dinyatakan dalam tujuan projek ini. Setibanya di sana, pegawai pengurusan taman, Encik Ahmad Tajuddin telah memberi ceramah kepada murid-murid sekolah. Selepas itu, murid-murid dibawa melawat taman tersebut di bawah bimbingan guru-guru. Walaupun semasa lawatan hujan turun renyai-renyai namun murid-murid berasa seronok kerana inilah kali pertama mereka menyertai lawatan sambil belajar di luar kawasan Papar. Lawatan ini memberi manfaat yang banyak kerana mereka dapat mengenali dan mempelajari kehidupan binatang liar dan fauna yang terdapat di dalam taman tersebut.

Friday, October 19, 2007

HASIL PROJEK

Sehubungan dengan keuntungan yang diperolehi daripada jualan hasil kacang, bawang, rambutan, kerepek pisang, pihak sekolah telah memanfaatkan duit tersebut seperti yang dinyatakan dalam tujuan projek. Pihak sekolah telah membeli kamus elektronik, kamus, dan kipas angin. Baki duit telah disimpan dalam tabung sekolah untuk kegunaan masa hadapan.




Gambar- gambar di bawah adalah proses penanaman kacang. Mula-mula, tanah digembur. Selepas dua hari, lubang kecil dibuat pada permukaan tanah, kemudian benih kekacang dibubuh ke dalam lubang tersebut. Selepas dua minggu tanaman kacang telah membesar barulah dibubuh tahi ayam. Setiap warga sekolah dipertanggungjawabkan untuk menjaga batas tanaman kacang. Selepas tiga bulan, tanaman kacang telah membuahkan hasil, hasil kacang tersebut direbus. Selepas itu, sebahagian daripada kacang mentah itu dijual kepada restoran dan pasar yang berdekatan manakala sebahagian lagi direbus dan digoreng serta dipekkan untuk dijual kepada murid-murid dan kantin yang berdekatan.

Friday, September 28, 2007

PROJEK MAXIS

Thursday, September 27, 2007

Senyuman Hasil



Wednesday, September 26, 2007

Sementara Menunggu Hasil

Sementara menunggu kacang dan bawang membuahkan hasil, kami telah melakukan aktiviti sampingan seperti memungut hasil buah rambutan yang terdapat di belakang laman untuk dijual kepada penjaja-penjaja pasar. Selain itu, kami juga menanam cili padi dan cangkuk manis di kawasan tanah yang kosong. Buah pisang yang boleh didapati di belakang laman sekolah turut diproses menjadi kerepek pisang dan dijual kepada kedai runcit, kantin dan gerai-gerai. Hasil jualan akan disalurkan kepada tabung sekolah untuk memperbaiki keadaan sekolah yang serba kekurangan seperti dinyatakan dalam “tujuan projek” ini.

Oleh kerana hasil tanaman bawang yang dijual tidak mendatangkan hasil yang lumayan, pihak sekolah bercadang untuk menggoreng kerepek pisang. Memandangkan kawasan sekolah mempunyai tumbuhan pokok pisang maka, pihak sekolah memberi kebenaran kepada murid untuk mengambil buah tersebut untuk diproses menjadi kerepek pisang.

Alat-alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kerepek pisang :
1. kuali = Dipinjam oleh ibu bapa dan cikgu
2. tong gas x 1 = RM27
3. sarung tangan x 1 box = RM10
4. pisau x 2 =RM10
5. baldi x 2 = RM10
6. buah pisang = RM3.00 setandan (Ada sebahagian diderma oleh ibu bapa)
7. garam = RM2.00
8. minyak x 17kg = RM50
9. beg plastik x 8 paket = RM40
10. apron x 2 = RM10

Aktiviti yang dijalankan

1. Murid dibantu oleh pekerja kebun sekolah untuk mengambil buah pisang.
2. Para murid bergotong-royong mengangkat buah pisang ke bilik pemprosesan kerepek.
3. Beberapa orang murid ditugaskan untuk mengupas kulit pisang.
4. Sebahagian lagi membantu menggoreng pisang yang telah dihiris halus dengan diperhatikan oleh pembantu sekolah untuk menggelak daripada sebarang kecederaan.
5. Apabila kerepek pisang telah siap digoreng, kerepek tersebut dikeringkan dan dipekkan ke dalam bakul plastik kemudian dilabelkan jisimnya dan siap sedia untuk dijual.

Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, kami tidak memerlukan modal yang tinggi kerana bahan mentah boleh diperolehi daripada belakang laman sekolah seperti buah pisang dan rambutan. Walaupun kami melakukan aktiviti-aktiviti yang lain tetapi kami tetap menjaga tanaman kekacang dan bawang kami dengan baik. Walaupun dalam masa yang singkat, kita dapat melihat tanaman tersebut tumbuh dengan subur dan cepat.

Tuesday, September 11, 2007

aktiviti-aktiviti yang dilakukan

25 ogos 2007 :
-guru-guru mengumpulkan duit untuk membeli alat-alat perkakas, baja, benih tanaman,dan lain-lain lagi yang diperlukan.

sehari selepas hari kemerdekaan, iaitu 1 september 2007 :
-sekolah kami mengadakan gotong royong membersihkan kawasan tapak penanaman, ibubapa dan murid-murid turut membantu dalam gotong-royong tersebut.
-semangat kemasyaratan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung amat dikagumi oleh para guru.
-rumput-rumput dibersihkan dan dibiarkan reput sendiri untuk dijadikan baja, rumput tersebut tidak dibakar supaya pencemaran udara tidak berlaku.

2 september 2007 :
-kami mengembur tanah tapak penanaman.
-benih-benih tanaman mula dibubuhkan ke atas tanah.

setiap hari persekolahan:
- semua murid diberi tanggungjawab untuk menjaga tanaman secara bergilir-gilir seperti membubuh baja, menyiram air, mencabut rumput dan lain-lain.

waktu cuti :
-para guru dan penjaga sekolah/pengurus sekolah akan menjaga tanaman tersebut.

Bukan sahaja kami menjaga batas-batas tanaman tersebut tetapi kami juga mengendalikan laman belakang sekolah yang terbiar sekian lama. Laman tersebut penuh dengan tanaman seperti pokok rambutan, pokok pisang, dan pokok durian, malangnya ia tidak terurus sekian lama menyebabkannya tidak berbuah lebat. Setelah memperolehi penjagaan kami, ia mula membuahkan hasil. Bersama-sama dengan hasil tanaman, kami percaya kami dapat memperbaiki sumber kewangan sekolah kami pada masa hadapan.

Friday, August 24, 2007

gambar-gambar kawasan projek penanaman





Saturday, August 11, 2007

hasil pendapatan

Hasil pendapatan akan diperuntukan untuk kebajikan murid dan guru.

1. Membeli Kipas berdiri bagi kegunaan di dalam kelas tahun 4 – 5 ( RM150.00).
2. Buku kamus RM6.50 seorang x 20 murid. Dipinjamkan sepanjang tahun dan dikembalikan semula kepada sekolah pada akhir tahun untuk kegunaan tahun hadapan.
3. Membuat lawatan sambil belajar ke Zoo Lok Kawi selepas UPSR. Bajet RM300.00 termasuk sewa bas, makanan dan minuman.
4. Kamus Elektronik RM299.00, untuk memudahkan guru dan murid dalam pencarian maksud dan cara pertuturan intonasi yang tepat.

hasil tanaman

Projek ini dijalankan secara berterusan. Hasil jualan dijual kepada syarikat dan restoran berikut.

Bawang :
Dijual kepada Restoran Anjung Bestari
Dijual kepada peniaga sayur di pasar Papar

Kacang :
1. Direbus dan dijual balik kepada murid/ ibu bapa/ warga sekolah. (harga kacang goreng dan kacang rebus RM0.50 – RM1 sebungkus).
2. Berhubung dengan PIBG dan Pengerusi sekolah untuk menjual kacang kepada pekedai/ restoran.

tujuan projek dan punca kewangan

Tujuan Projek :

Menanam sikap mencintai alam sekitar, berjimat cermat dan merapatkan hubungan kemasyarakatan di kawasan berhampiran sekolah.

Punca Kewangan :

1. Guru-guru dan kakitangan bukan mengajar mendermakan wang sebanyak RM20 seorang sebagai sumbangan untuk menjayakan projek.
2. Sumbangan murid : Sebagai tenaga menyiram dan menjaga pokok kacang dan bawang.
3. Sumbangan ibu bapa : Menderma bawang dan kacang seorang satu kilogram mengikut giliran nama.
4. Sumbangan pengurusan sekolah : Baja organik.
5. Supermarket Chun Nyn Fatt akan menjual bawang dengan harga istimewa (ejen price) iaitu RM20.00 bagi sepuluh kilogram.

jangka masa

Murid-murid, ibubapa, dan para guru telah memulakan kerja bergotong-royong untuk membersihkan tanah dan mula menaburkan benih-benih tanaman. Kami juga bergilir-gilir untuk menjaga tanaman tersebut seperti membubuh baja, menyiram air, dan lain-lain lagi. Kami percaya bahawa kami akan mendapat hasil tanaman pada tarikh 26 okt 2007

bajet untuk tanaman

Bajet Tanaman :

Peralatan dan bahan Jumlah (RM)

1. Cangkul (2 x RM 35.00) = RM 70.00
2. Sabit (2 x RM 30.00) = RM 60.00
3. Baja Organik (10 x RM 3.00) = RM 30.00
4. Bawang merah (50 kilogram x RM 2.00 ) = RM 100.00
5. Kacang (10 kilogram x RM 5.00) = RM 50.00
6. Tanah Hitam (3 x RM 150.00) = RM 450.00
7. Racun Serangga = RM 40.00
8. Perbelanjaan untuk projek kerepek pisang = RM 200.00
JUMLAH = RM 1000.00

Sunday, July 22, 2007

carta organisasi

Pengerusi
-Guru Besar(Liau Yuk Tsin)

Setiausaha
-Ong Chai Ti

Bendahari
-Wong Hee Leong

AJK
-Leong Yun Min
-A. Bahrudin Ag. Lampuh
-Jamsia Lamandi
-Bahrun Bin Ag Aman
-Warga Murid (20 orang)

penghargaan

SJK (C) HWA YIN PAPAR , SABAH.
Peti surat 118,89608 Papar.
Telefon / faks :088-912167.


Kepada
HAJI ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR
Timbalan Pengarah (Pengurusan Murid)
Urus Setia Maxis Cyberlinq
d/a 1st Floor, Wisma Eng Choon
No. 55-59 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.


Tuan

PERTANDINGAN MAXIS CYBERLINQ 2007


Dengan segala hormatnya merujuk surat KP(BS)/HEM)8543/032 JLD.31 (12) bertarikh 13 JUN 2007 berhubung perkara di atas.

02. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyertai pertandingan Maxis Cyberlinq. Semua warga sekolah berminat untuk menyertai pertandingan itu dan berharap dapat membawa faedah dan manafaat kepada murid-murid sendiri. Semua ahli pengurusan sekolah PIBG, guru-guru, organisasi, persatuan dan orang perseorangan akan terus serta dan menyokong pertandingan itu.

03. Oleh itu, besar pengharapan kami jika kertas kerja yang kami cadangkan itu dapat diterima oleh pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’.

Saya yang menjalankan tugas,




LIAU YUK TSIN
GURU BESAR

profile sekolah

SJK (C) HWA YIN
PAPAR , SABAH.

Peti surat 118,89608 Papar.
Telefon / faks :088-912167


LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini telah didirikan pada tahun1947 selepas Perang Dunia Kedua .Pada ketika itu,sekolah ini bertapak di gelenggan bola keranjang sekarang dimana telah digantikan oleh sekolah melayu yang bernama SK Rampazan.
Pada tahun 1951,sekolah ini telah pindah ke sebidang tanah kepunyaan seorang cina. sekolah ini hanya mempunyai sebuah bilik sahaja.Oleh sebab demikian,maka guru-guru besar yang bertugas disini juga bertugas sebagai guru.
Pada tahun 1968,AJK sekolah bermesyuarat hendak membeli sebidang tanah sebagai tapak sekolah. Apabila Encik Chong Thiam Fook mendengar berita ini,dengan baik hati beliau telah menjual tanahnya secara separuh harga sahaja iaitu sebanyak Rm3000.00 kepada pihak sekolah.
Pada tahun 1973,semua AJK sekolah memberi sumbangan derma yang secukupnya untuk membeli tanah itu.Selepas tiga tahun,sekolah ini pun siap dibina.Pada tahun 1976,sekolah ini mula berfungsi di bangunan baru.
Walaupun sekolah ini telah menghadapi banyak rintangan dari segi sumber kewangan,kekurangan bilangan pelajar dan lakosi tempat yang jauh dari pekan tetapi AJK Pengurusan di sekolah ini terus berganding bahu dan berusaha dengan gigih untuk memajukan dan meminta sokongan dari penduduk tempatan untuk menggalakkan mereka menghantar anak-anak belajar di sekolah ini. Mengikut laporan, bilangan pelajar di sekolah ini pernah mencapai murid seramai 80-100 orang murid. Bahasa Cina merupakan Bahasa pengantar di sekolah ini.


Matlamat sekolah

-Memberi pelajaran asas yang sempurna untuk menyediakan pelajar supaya berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke
Sekolah menengah

-membantu pelajar supaya menguasai kemahiran KBSR di peringkat sekolah rendah selaras dengan rancangan kurikulum Bersepadu sekolah rendah

-berusaha memajukan dan meningkat taraf pendidikan pelajar.

-berusaha untuk menjaga kebajikan pelajar yang kurang bernasib baik supaya berpeluang untuk mengikuti pelajaran.

-menjadi sekolah SJK ( C ) Hwa Yin sebuah sekolah yang cemerlang di Dearah Papar pada Tahun 2015

cadangan sekolah

Pihak sekolah telah bermesyuarat dan membuat keputusan untuk menanam pelbagai jenis tanaman seperti kacang, bawang, dan lain-lain lagi di kawasan sekolah. Ini dapat memanfaatkan tanah yang terbiar di sekitar sekolah. Selain itu, ini dapat mewujudkan sekolah yang mesra alam dan memupuk sikap cinta kepada alam sekitar dalam diri pelajar. Tambahan pula, hasil tanaman yang dijual akan diperuntukkan dalam perbelanjaan sekolah seperti membaiki kemudahan sekolah dan murid-murid. Murid-murid juga terlibat dalam melaksanakan projek ini, secara tidak langsung mereka dapat memupuk semangat kerjasama di antara mereka. Kesimpulannya, program ini membawa banyak manfaat kepada sekolah, murid-murid dan masyarakat.