CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, September 28, 2007

PROJEK MAXIS

Thursday, September 27, 2007

Senyuman Hasil



Wednesday, September 26, 2007

Sementara Menunggu Hasil

Sementara menunggu kacang dan bawang membuahkan hasil, kami telah melakukan aktiviti sampingan seperti memungut hasil buah rambutan yang terdapat di belakang laman untuk dijual kepada penjaja-penjaja pasar. Selain itu, kami juga menanam cili padi dan cangkuk manis di kawasan tanah yang kosong. Buah pisang yang boleh didapati di belakang laman sekolah turut diproses menjadi kerepek pisang dan dijual kepada kedai runcit, kantin dan gerai-gerai. Hasil jualan akan disalurkan kepada tabung sekolah untuk memperbaiki keadaan sekolah yang serba kekurangan seperti dinyatakan dalam “tujuan projek” ini.

Oleh kerana hasil tanaman bawang yang dijual tidak mendatangkan hasil yang lumayan, pihak sekolah bercadang untuk menggoreng kerepek pisang. Memandangkan kawasan sekolah mempunyai tumbuhan pokok pisang maka, pihak sekolah memberi kebenaran kepada murid untuk mengambil buah tersebut untuk diproses menjadi kerepek pisang.

Alat-alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kerepek pisang :
1. kuali = Dipinjam oleh ibu bapa dan cikgu
2. tong gas x 1 = RM27
3. sarung tangan x 1 box = RM10
4. pisau x 2 =RM10
5. baldi x 2 = RM10
6. buah pisang = RM3.00 setandan (Ada sebahagian diderma oleh ibu bapa)
7. garam = RM2.00
8. minyak x 17kg = RM50
9. beg plastik x 8 paket = RM40
10. apron x 2 = RM10

Aktiviti yang dijalankan

1. Murid dibantu oleh pekerja kebun sekolah untuk mengambil buah pisang.
2. Para murid bergotong-royong mengangkat buah pisang ke bilik pemprosesan kerepek.
3. Beberapa orang murid ditugaskan untuk mengupas kulit pisang.
4. Sebahagian lagi membantu menggoreng pisang yang telah dihiris halus dengan diperhatikan oleh pembantu sekolah untuk menggelak daripada sebarang kecederaan.
5. Apabila kerepek pisang telah siap digoreng, kerepek tersebut dikeringkan dan dipekkan ke dalam bakul plastik kemudian dilabelkan jisimnya dan siap sedia untuk dijual.

Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, kami tidak memerlukan modal yang tinggi kerana bahan mentah boleh diperolehi daripada belakang laman sekolah seperti buah pisang dan rambutan. Walaupun kami melakukan aktiviti-aktiviti yang lain tetapi kami tetap menjaga tanaman kekacang dan bawang kami dengan baik. Walaupun dalam masa yang singkat, kita dapat melihat tanaman tersebut tumbuh dengan subur dan cepat.

Tuesday, September 11, 2007

aktiviti-aktiviti yang dilakukan

25 ogos 2007 :
-guru-guru mengumpulkan duit untuk membeli alat-alat perkakas, baja, benih tanaman,dan lain-lain lagi yang diperlukan.

sehari selepas hari kemerdekaan, iaitu 1 september 2007 :
-sekolah kami mengadakan gotong royong membersihkan kawasan tapak penanaman, ibubapa dan murid-murid turut membantu dalam gotong-royong tersebut.
-semangat kemasyaratan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung amat dikagumi oleh para guru.
-rumput-rumput dibersihkan dan dibiarkan reput sendiri untuk dijadikan baja, rumput tersebut tidak dibakar supaya pencemaran udara tidak berlaku.

2 september 2007 :
-kami mengembur tanah tapak penanaman.
-benih-benih tanaman mula dibubuhkan ke atas tanah.

setiap hari persekolahan:
- semua murid diberi tanggungjawab untuk menjaga tanaman secara bergilir-gilir seperti membubuh baja, menyiram air, mencabut rumput dan lain-lain.

waktu cuti :
-para guru dan penjaga sekolah/pengurus sekolah akan menjaga tanaman tersebut.

Bukan sahaja kami menjaga batas-batas tanaman tersebut tetapi kami juga mengendalikan laman belakang sekolah yang terbiar sekian lama. Laman tersebut penuh dengan tanaman seperti pokok rambutan, pokok pisang, dan pokok durian, malangnya ia tidak terurus sekian lama menyebabkannya tidak berbuah lebat. Setelah memperolehi penjagaan kami, ia mula membuahkan hasil. Bersama-sama dengan hasil tanaman, kami percaya kami dapat memperbaiki sumber kewangan sekolah kami pada masa hadapan.