CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 7, 2007

Jemputan Khas

Pada tarikh 14 November 2007 , SJK(c) Hwa Yin telah menganjurkan program bergotong-royong untuk menanam pokok selaras dengan projek CYBERLINQ yang dianjurkan oleh Maxis Communications. Pihak sekolah telah menjemput YB Datuk Abdul Rahim Bin Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah untuk merasmikan program bertempat di perkarangan sekolah Hwa Yin. Pihak sekolah juga menjemput seramai 30 orang warga Pusat Serenti Papar untuk menyertai program gotong-royong ini. Turut memeriahkan majlis perasmian ialah Encik Armin Bin AG. Mumin(wakil PPD), Encik Tseu Nyuk Fong(Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK(c) Hwa Yin), Encik Ho Yin Kiong(Pengerusi PIBG SJK(c) Hwa Yin), guru-guru besar daerah Papar dan para ibu bapa. Pihak sekolah telah menerima sumbangan bibit pokok daripada :
1) AJK pengurusan sekolah – 10 pohon pokok kelapa pandan, 5 pohon pokok pisang, 13 pohon nanas, dan 5 pohon laici.
2) Jabatan Pertanian – 12 pohon mangga manila dan 5 pohon manggis.

5 pohon limau kasturi dan 2 pohon jambu batu pula adalah dibeli oleh pihak sekolah dan kesemua bibit tersebut telah ditanam di kawasan sekitar sekolah. Selepas perasmian, Guru Besar SJK (C) Hwa Yin, Puan Liau Yuk Tsin telah menyampaikan cendera kenangan kepada YB Datuk Abdul Rahim Bin Ismail dan Pusat Serenti Papar. Semua aktiviti yang dijalankan telah berjalan lancar dan cuaca pada hari itu cerah. Pihak sekolah juga menerima pujian daripada wakil pihak YB, Encik Amri Bin Abu Bakar dan Encik Talib Rahim kerana berjaya merekabina blog di dalam web dan menyatakan bahawa program seumpama ini amat penting dalam memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin tercemar pada zaman moden ini. Walaupun sekolah ini agak ketinggalan dari segi teknologi maklumat tetapi dengan azam yang kuat kami mampu mengharunginya dengan merekabina blog di dalam web.




KESAN PROJEK

Projek ini telah membawa banyak faedah dan manfaat kepada murid-murid sekolah dan masyarakat kerana murid-murid dapat memupuk semangat bekerjasama dan berdikari di kalangan mereka semasa mengendalikan tapak semaian kacang dan bawang. Selain itu, mereka juga dapat mempraktikkan matapelajaran Kemahiran Hidup yang telah dipelajari.

Tambahan pula, hasil jualan kerepek pisang dan tanaman kacang boleh disalurkan ke dalam tabung sekolah untuk memperbaiki kemudahan dan prasarana sekolah. Ini dapat menghasilkan sebuah kawasan sekolah yang selesa bagi pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru-guru. Selain itu pihak sekolah bercadang menggunakan sebahagian daripada tabung ini untuk membeli benih pokok buah-buahan yang boleh membuahkan hasil sepanjang tahun dalam jangka masa yang pendek seperti limau kasturi, pokok kelapa pandan, mangga manila, dan pokok laici tempatan.

Projek penanaman ini dapat mewujudkan persekitaran yang mesra alam yang boleh membawa banyak manfaat kepada kita semua kerana pada zaman moden ini keadaan persekitaran semakin tercemar akibat daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Projek seumpama ini dapat mengembalikan kehijauan alam, di samping dapat memupuk sikap cinta akan alam dan sekolah. Dalam projek ini, setiap warga sekolah dikehendaki sekurang-kurangnya untuk menjaga sepohon pokok seperti yang dipertanggungjawabkan.

Ibu bapa dan masyarakat setempat juga mendapatkan benih baka pokok yang baik secara percuma daripada pihak sekolah untuk penanaman di kawasan perumahan mereka.

LUAHAN HATI
Walaupun kedudukan sekolah kami terletak di kawasan pedalaman yang terpencil dan bilangan tenaga pengajar serta bilangan murid-murid yang agak kekurangan namun semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dan semangat yakin boleh tetap tertanam di dalam hati setiap warga sekolah dengan adanya sokongan moral, sumbangan tenaga dan kewangan dari pihak ibubapa, masyarakat setempat,dan Jabatan Pendidikan.

Semua hasil sumbangan telahpun digunakan untuk kebaikan sekolah dan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma dan orang perseorangan yang memberi sumbangan dan kerjasama kepada pihak sekolah. Nama-nama tersebut adalah seperti berikut :

1) MAXIS COMMUNICATION BERHAD
2) PUSAT SERENTI PAPAR
3) YB DATUK HAJI ABDUL RAHIM BIN ISMAIL(Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah)
4) YB CIK ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLEN(Ahli Parlimen P175 Papar)
5) CITY WATCH SDN BHD.
6) TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
7) PORCELAIN INN YTBC
8) AIRBORNE TRAVEL SDN BHD.
9) POKKI INTELLIGENT DICTIONARY
10) BOOKWISE SDN BHD
11) CHOON NYEN FATT SUPERMARKET
12) MING HIN ENTERPRISE
13) PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PAPAR
14) PENGERUSI & AJK PENGURUSAN SEKOLAH
15) IBU BAPA
16) GURU-GURU
17) KAKITANGAN BUKAN MENGAJAR
18) MURID-MURID

Penyata Akaun Penjualan Kerepek Pisang dan Kacang (OKTOBER)

PENJUALAN (Kerepek Pisang):
01.10.07 - RM 22.10
02.10.07 - RM 13.00
03.10.07 - RM 9.60
04.10.07 - RM 3.50
05.10.07 - RM 7.40
08.10.07 - RM 17.50
24.10.07 - RM 11.70
24.10.07 - RM 13.50
25.10.07 - RM 21.00
26.10.07 - RM 13.50
29.10.07 - RM 25.50
30.10.07 - RM 7.00
31.10.07 - RM 3.00
JUMLAH = RM 168.30

PERBRLANJAAN :
25.10.07
- RM 14.00(PISANG)
- RM 11.00(MINYAK)
27.10.07
- RM 15.00 (PISANG)
- RM 9.30(MINYAK)
29.10.07
- RM 24.00 (PISANG)
- RM 11.00(MINYAK)
JUMLAH = RM 84.30

KEUNTUNGAN : RM 168.30 - RM 84.30 = RM 84.00

HASIL PENJUALAN TANAMAN KACANG :
Kacang
04.10.07 - RM 4.00
05.10.07 - RM 20.00
08.10.07 - RM 9.00
24.10.07 - RM 6.00
01.11.07 - RM 8.00
JUMLAH = RM 47.00

*Sebahagian daripada kacang direbus dan dihadiahkan kepada murid-murid sebagai ganjaran usaha mereka.*
*kami masih menunggu kacang membuahkan hasilnya.*
*Projek ini memang boleh mencapai kejayaan dan seorang kontraktor, Encik Gazali yang melawat ke sekolah kami tertarik dengan projek kami. Beliau ingin menyumbang jasa kepada sekolah dengan membina lagi batas tanaman kacang di kawasan sekolah.*

Penyata Akaun Penjualan Kerepek Pisang(November)
01.11.07 - RM 6.00
02.11.07 - RM 33.00
05.11.07 - RM 14.00
06.11.07 - RM 19.00
07.11.07 - RM 6.00
JUMLAH = RM 78.00

Penyata Akaun Penjualan Kerepek Pisang dan Bawang (SEPTEMBER)

PENJUALAN :
18.09.2007 - RM 0.60
19.09.2007 - RM 9.90
20.09.2007 - RM 16.00
21.09.2007 - RM 7.40
24.09.2007 - RM 66.20
25.09.2007 - RM 10.50
26.09.2007 - RM 43.50
27.09.2007 - RM 18.70
28.09.2007 - RM 19.00
30.09.2007 - RM 22.10
- 80 bungkus x 0.35 sen (SJK(c) Tung Shan) = RM 28.00
- 50 bungkus x 0.35 sen (SRK ST.MARY) = RM 17.50
JUMLAH = RM259.40

PERBELANJAAN :
18.09.2007 - minyak masak = RM 50.00
18.09.2007 - pisang = RM 12.00
19.09.2007 - pisang = RM 12.00
21.09.2007 - beg plastik = RM 6.00
21.09.2007 - garam = RM 2.00
22.09.2007 - pisang = RM 9.00
24.09.2007 - minyak masak = RM 46.50
24.09.2007 - pisang = RM 5.00
26.09.2007 - gula = RM 3.20
26.09.2007 - pisang = RM 20.00
JUMLAH = RM 165.70

KEUNTUNGAN = RM 259.40 - RM 165.70 = RM 93.70


BAWANG
17.08.07 - RM 30.00
21.08.07 - RM 9.00
23.08.07 - RM 8.00
30.08.07 - RM 8.40
13.09.07 - RM 34.00
JUMLAH = RM 89.40

Tuesday, November 6, 2007

PETA KAWASAN TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI


LAWATAN KE LOK KAWI WILDLIFE PARK





Hasil daripada jualan tanaman kacang, bawang dan kerepek pisang serta tajaan RM 1000 daripada Maxis atas kemenangan fasa pertama, pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang seluas 280 ekar seperti yang dinyatakan dalam tujuan projek ini. Setibanya di sana, pegawai pengurusan taman, Encik Ahmad Tajuddin telah memberi ceramah kepada murid-murid sekolah. Selepas itu, murid-murid dibawa melawat taman tersebut di bawah bimbingan guru-guru. Walaupun semasa lawatan hujan turun renyai-renyai namun murid-murid berasa seronok kerana inilah kali pertama mereka menyertai lawatan sambil belajar di luar kawasan Papar. Lawatan ini memberi manfaat yang banyak kerana mereka dapat mengenali dan mempelajari kehidupan binatang liar dan fauna yang terdapat di dalam taman tersebut.

Friday, October 19, 2007

HASIL PROJEK

Sehubungan dengan keuntungan yang diperolehi daripada jualan hasil kacang, bawang, rambutan, kerepek pisang, pihak sekolah telah memanfaatkan duit tersebut seperti yang dinyatakan dalam tujuan projek. Pihak sekolah telah membeli kamus elektronik, kamus, dan kipas angin. Baki duit telah disimpan dalam tabung sekolah untuk kegunaan masa hadapan.




Gambar- gambar di bawah adalah proses penanaman kacang. Mula-mula, tanah digembur. Selepas dua hari, lubang kecil dibuat pada permukaan tanah, kemudian benih kekacang dibubuh ke dalam lubang tersebut. Selepas dua minggu tanaman kacang telah membesar barulah dibubuh tahi ayam. Setiap warga sekolah dipertanggungjawabkan untuk menjaga batas tanaman kacang. Selepas tiga bulan, tanaman kacang telah membuahkan hasil, hasil kacang tersebut direbus. Selepas itu, sebahagian daripada kacang mentah itu dijual kepada restoran dan pasar yang berdekatan manakala sebahagian lagi direbus dan digoreng serta dipekkan untuk dijual kepada murid-murid dan kantin yang berdekatan.