CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 7, 2007

KESAN PROJEK

Projek ini telah membawa banyak faedah dan manfaat kepada murid-murid sekolah dan masyarakat kerana murid-murid dapat memupuk semangat bekerjasama dan berdikari di kalangan mereka semasa mengendalikan tapak semaian kacang dan bawang. Selain itu, mereka juga dapat mempraktikkan matapelajaran Kemahiran Hidup yang telah dipelajari.

Tambahan pula, hasil jualan kerepek pisang dan tanaman kacang boleh disalurkan ke dalam tabung sekolah untuk memperbaiki kemudahan dan prasarana sekolah. Ini dapat menghasilkan sebuah kawasan sekolah yang selesa bagi pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru-guru. Selain itu pihak sekolah bercadang menggunakan sebahagian daripada tabung ini untuk membeli benih pokok buah-buahan yang boleh membuahkan hasil sepanjang tahun dalam jangka masa yang pendek seperti limau kasturi, pokok kelapa pandan, mangga manila, dan pokok laici tempatan.

Projek penanaman ini dapat mewujudkan persekitaran yang mesra alam yang boleh membawa banyak manfaat kepada kita semua kerana pada zaman moden ini keadaan persekitaran semakin tercemar akibat daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Projek seumpama ini dapat mengembalikan kehijauan alam, di samping dapat memupuk sikap cinta akan alam dan sekolah. Dalam projek ini, setiap warga sekolah dikehendaki sekurang-kurangnya untuk menjaga sepohon pokok seperti yang dipertanggungjawabkan.

Ibu bapa dan masyarakat setempat juga mendapatkan benih baka pokok yang baik secara percuma daripada pihak sekolah untuk penanaman di kawasan perumahan mereka.

LUAHAN HATI
Walaupun kedudukan sekolah kami terletak di kawasan pedalaman yang terpencil dan bilangan tenaga pengajar serta bilangan murid-murid yang agak kekurangan namun semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dan semangat yakin boleh tetap tertanam di dalam hati setiap warga sekolah dengan adanya sokongan moral, sumbangan tenaga dan kewangan dari pihak ibubapa, masyarakat setempat,dan Jabatan Pendidikan.

Semua hasil sumbangan telahpun digunakan untuk kebaikan sekolah dan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma dan orang perseorangan yang memberi sumbangan dan kerjasama kepada pihak sekolah. Nama-nama tersebut adalah seperti berikut :

1) MAXIS COMMUNICATION BERHAD
2) PUSAT SERENTI PAPAR
3) YB DATUK HAJI ABDUL RAHIM BIN ISMAIL(Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah)
4) YB CIK ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLEN(Ahli Parlimen P175 Papar)
5) CITY WATCH SDN BHD.
6) TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
7) PORCELAIN INN YTBC
8) AIRBORNE TRAVEL SDN BHD.
9) POKKI INTELLIGENT DICTIONARY
10) BOOKWISE SDN BHD
11) CHOON NYEN FATT SUPERMARKET
12) MING HIN ENTERPRISE
13) PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PAPAR
14) PENGERUSI & AJK PENGURUSAN SEKOLAH
15) IBU BAPA
16) GURU-GURU
17) KAKITANGAN BUKAN MENGAJAR
18) MURID-MURID

No comments: