CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 7, 2007

Jemputan Khas

Pada tarikh 14 November 2007 , SJK(c) Hwa Yin telah menganjurkan program bergotong-royong untuk menanam pokok selaras dengan projek CYBERLINQ yang dianjurkan oleh Maxis Communications. Pihak sekolah telah menjemput YB Datuk Abdul Rahim Bin Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah untuk merasmikan program bertempat di perkarangan sekolah Hwa Yin. Pihak sekolah juga menjemput seramai 30 orang warga Pusat Serenti Papar untuk menyertai program gotong-royong ini. Turut memeriahkan majlis perasmian ialah Encik Armin Bin AG. Mumin(wakil PPD), Encik Tseu Nyuk Fong(Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK(c) Hwa Yin), Encik Ho Yin Kiong(Pengerusi PIBG SJK(c) Hwa Yin), guru-guru besar daerah Papar dan para ibu bapa. Pihak sekolah telah menerima sumbangan bibit pokok daripada :
1) AJK pengurusan sekolah – 10 pohon pokok kelapa pandan, 5 pohon pokok pisang, 13 pohon nanas, dan 5 pohon laici.
2) Jabatan Pertanian – 12 pohon mangga manila dan 5 pohon manggis.

5 pohon limau kasturi dan 2 pohon jambu batu pula adalah dibeli oleh pihak sekolah dan kesemua bibit tersebut telah ditanam di kawasan sekitar sekolah. Selepas perasmian, Guru Besar SJK (C) Hwa Yin, Puan Liau Yuk Tsin telah menyampaikan cendera kenangan kepada YB Datuk Abdul Rahim Bin Ismail dan Pusat Serenti Papar. Semua aktiviti yang dijalankan telah berjalan lancar dan cuaca pada hari itu cerah. Pihak sekolah juga menerima pujian daripada wakil pihak YB, Encik Amri Bin Abu Bakar dan Encik Talib Rahim kerana berjaya merekabina blog di dalam web dan menyatakan bahawa program seumpama ini amat penting dalam memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin tercemar pada zaman moden ini. Walaupun sekolah ini agak ketinggalan dari segi teknologi maklumat tetapi dengan azam yang kuat kami mampu mengharunginya dengan merekabina blog di dalam web.




No comments: