CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 26, 2007

Sementara Menunggu Hasil

Sementara menunggu kacang dan bawang membuahkan hasil, kami telah melakukan aktiviti sampingan seperti memungut hasil buah rambutan yang terdapat di belakang laman untuk dijual kepada penjaja-penjaja pasar. Selain itu, kami juga menanam cili padi dan cangkuk manis di kawasan tanah yang kosong. Buah pisang yang boleh didapati di belakang laman sekolah turut diproses menjadi kerepek pisang dan dijual kepada kedai runcit, kantin dan gerai-gerai. Hasil jualan akan disalurkan kepada tabung sekolah untuk memperbaiki keadaan sekolah yang serba kekurangan seperti dinyatakan dalam “tujuan projek” ini.

Oleh kerana hasil tanaman bawang yang dijual tidak mendatangkan hasil yang lumayan, pihak sekolah bercadang untuk menggoreng kerepek pisang. Memandangkan kawasan sekolah mempunyai tumbuhan pokok pisang maka, pihak sekolah memberi kebenaran kepada murid untuk mengambil buah tersebut untuk diproses menjadi kerepek pisang.

Alat-alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kerepek pisang :
1. kuali = Dipinjam oleh ibu bapa dan cikgu
2. tong gas x 1 = RM27
3. sarung tangan x 1 box = RM10
4. pisau x 2 =RM10
5. baldi x 2 = RM10
6. buah pisang = RM3.00 setandan (Ada sebahagian diderma oleh ibu bapa)
7. garam = RM2.00
8. minyak x 17kg = RM50
9. beg plastik x 8 paket = RM40
10. apron x 2 = RM10

Aktiviti yang dijalankan

1. Murid dibantu oleh pekerja kebun sekolah untuk mengambil buah pisang.
2. Para murid bergotong-royong mengangkat buah pisang ke bilik pemprosesan kerepek.
3. Beberapa orang murid ditugaskan untuk mengupas kulit pisang.
4. Sebahagian lagi membantu menggoreng pisang yang telah dihiris halus dengan diperhatikan oleh pembantu sekolah untuk menggelak daripada sebarang kecederaan.
5. Apabila kerepek pisang telah siap digoreng, kerepek tersebut dikeringkan dan dipekkan ke dalam bakul plastik kemudian dilabelkan jisimnya dan siap sedia untuk dijual.

Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, kami tidak memerlukan modal yang tinggi kerana bahan mentah boleh diperolehi daripada belakang laman sekolah seperti buah pisang dan rambutan. Walaupun kami melakukan aktiviti-aktiviti yang lain tetapi kami tetap menjaga tanaman kekacang dan bawang kami dengan baik. Walaupun dalam masa yang singkat, kita dapat melihat tanaman tersebut tumbuh dengan subur dan cepat.

No comments: